Sunday, 15 January 2017

JOM MENCUBA SESUATU YANG BAHARU

Ada antara kita takut untuk mencuba benda yanga baharu. Kenapa takut untuk mencuba? Banyak jawapan yang akan kita dapat. Antaranya ialah TAKUT!!  Biasa kan. Tapi Kali ini saya nak fokuskan tentang takut untuk mencuba makanan yang baharu. Antara yang saya selalu dapat ialah TAKUT TAK BOLEH TERIMA OLEH TEKAK SEBAB TAK BIASA MAKAN/TAK PERNAH MAKAN. Saya juga dahulu sebegitu. Belum makan saya dah kata tak nak, sebab tak biasa makan. Eh.. bau busuk la.. tak nak makan. Yerkkk.. itu bahasa yang selalu kita guna.
Tapi tahukah kita bahawa kita kena mencuba sesuatu yang baharu.
Ini  5 Sebab Mengapa kita Perlu Cuba Sesuatu Yang Baru:
( saya copy paste jek dari inchenaim.com)
  • Memberi kepuasan hidup – Hidup tidak akan dipenuhi sekiranya kita tidak keluar melihat dunia dan cuba sesuatu yang baru. Hidup bukannya untuk statik, kekal pada sesuatu tempat yang sama, dan buat benda yang sama setiap hari.  All men die, but not all men live.
  • Mengelakkan kebosanan – Bereksperimen dengan benda baru mengelakkan kita dari merasa bosan. Benda yang paling teruk dalam kehidupan ini adalah membiarkan diri kita memburuk kebosanan. Elakkan otak kita dari tidak berfungsi.
  • Cuba sesuatu yang baru  meningkatkan keyakinan diri kita. Keluar pergi memanjat gunung atau buat sesuatu yang memerlukan keyakinan akan memaksa diri kita meningkatkan keyakinan dengan sendirinya. Kita akan merasa peningkatan diri dan terkejut dengan potensi yang terdapat pada diri kita.
  • Cuba sesuatu yang baru akan membuka minda kita. Manusia selalu takut untuk mencuba apa yang mereka tidak tahu, tetapi dengan mencuba sesuatu yang barulah ia akan membuka ruang untuk ilmu dan pengalaman baru. Kadangkala kita perlu juga untuk melihat dari perspektif yang lain.
  • Memandu pertumbuhan & kematangan diri. Melakukan perkara yang sama setiap hari, makan di restoran yang sama, berfikir dengan cara yang sama dan hanya bercakap perkara yang lebih kurang sama setiap hari tidak akan mengembangkan akal kita. Pertumbuhan manusia memerlukan action, didalam bentuk situasi yang baru, pengalaman ataupun attitude kita.

Nampak tak, betapa pentingnya kita untuk mencuba sesuatu yang. Sebelum kita cuba, macammana kita nak tahu sedap atau tidaknya, mudah atau sukarnya . Kita kena mencuba. Bukan melihat orang lain.  Contohnya kita selalu terpengaruh dgn viral. Oh.. kedai kat sini sedap.. kat situ tak sedap.. kita percaya. Kita pun berusahalah untuk pergi dan merasainya. Aik.. tiba-tiba apa yang diviralkan tak sama yang kita rasa. Yang dikatakan sedap, rupanya biasa sahaja. Yang dikatakan tak sedap.. rupanya sangat sedap dengan kita.
Kesimpulannya.. selagi apa yang kita ingin cuba itu tidak mendatangkan mudarat, apa yang nak kita cuba makan itu halal.. cubalah. Walau sekali.  Jangan percaya kata orang. Mencubanya adalah lebih baik. Allah dah bagi kita deria rasa.. Allah bagi peluang untuk kita rasa. So cuba rasa. Rasalah yang manis, masam, pahit,tawar.. selama mana kita masih boleh mencuba. Esok dah sakit.. baru sibuk nak makan itu la. Nak makan ini lah.. kan kan kan

Pesanan penaja ini di taja oleh Akak JULIA. HALAL KIMCHI QOLBI KIMCHI.

JOM PADA MEREKA YANG TAKUT NAK MENCUBA QOLBI KIMCHI. LUPAKAN KETAKUTAN ANDA. MAKAN DAN RASA. WAKTU ITU BARULAH KITA BOLEH MEMBUAT KEPUTUSAN SAMA ADA KITA AKAN TERUSKAN MAKAN ATAU PUN TIDAK. KAN KAN KAN
UNTUK TEMPAHAN QOLBI KIMCHI

01132033313
01132033313
01132033313
Anda wassaap.. akak jawab.
zassssssssssssssssssssssssssssssssssss..................



Saturday, 14 January 2017

Offer QOLI KIMCHI RM10/500gm

OFFERRRRRRR!!!! QOLBI KIMCHI 

QOLBI KIMCHI HANYA RM10/500 GM

www.kimchiqolbi.blogspot.my
Qolbi Kimchi


Asalamualaikum!!
annyeonghaseyo

Sempena Hari jadi C.E.O kecik Qolbi kimchi iaitu Qaira Tsamaratulqolbi, pihak kami akan membuat potongan harga
.
Harga asal Qolbi Kimchi Rm16/500 gm 
OFFER !!!!!!

Harga Qolbi Kimchi akan jadi RM10/500 gm SAHAJA.. 
ULANG SEKALI LAGI..

RM10/500 gm SAHAJA.
RM10/500 gm SAHAJA.
RM10/500 gm SAHAJA.

( tidak termasuk kos pos)
MASA TERHAD DAN STOK TERHAD.
DARI 13 HB - 16HB JANUARI.
( Pembyran hendaklah dilakukan seblm atau pada 16hb Januari sahaja layak utk promosi ini..
πŸ˜€ Jangan kata akak tak bagi tahu....
011 320 33313
011 320 33313

Watsapp akak

Monday, 9 January 2017

Kimchi akak sedap tak???.. akak Jawab.

Bila Customer tanya.. kak.. kimchi akak sedap tak??

kita sebagai penjual nak jawab apa?????hehhee

Jawapan akak ialah:

Sebagai pembuat dan penjual Kimchi. Akak Pasti akan cakap sedap. Belum pernah lagi akak jumpa penjual mengatakan apa yang dia jual tak sedapkan..Anda pernah jumpa tak.. Penjual kata... saya punya masakan ni tak sedap. belilah.. tapi tak sedap.. pernah jumpa tak?? Kalau jumpa mmg rare la.. atau pun penjual tu sedang mengalami masalah mental. hahahhaha kan kan..

So sebagai penjual akak mmg QOLBI KIMCHI sedap.. tapi sedap atau tak bergantung kepada tekak dan rasa manusia. Rasa ini berbeza-beza. Ada yang suka, ada yang kata tak sedap.. masin la.. masam la.. manis la.. dan macam-macam. Apa yang boleh akak katakan ialah.. Biarkan lidah dan tekak anda merasakannya sendiri. Cuba dulu. kemudian baru boleh buat keputusan sebenar samada ia sedap atau tak.

Apa yang boleh akak katakan.. setakat ini Allah hantarkan kepada akak pelanggan-pelanggan yang hebat dan baik hati. Alhamdulillah.

Jom!!! rasaikan dulu QOLBI KIMCHI. Bila dah rasa barulah boleh Komen.. sedap ke tidak kan. Tapi Jika tanya Akak.. Akak akan jawab... SEDAPPPPP... ( psst.. jangan percaya sehingga anda merasainya sendiri.. hehehe) Betul akak cakap. kena rasainya sendiri barulah tahu bahawa QOLBI KIMCHI ni SEDAPPPPPPPP.. hehhe

Jom Order QOLBI KIMCHI

01132033313
01132033313
011320 33313

Akak tunggu anda wastapp ye..!!!!Bolehkan Boleh...

#HALAL
#HOMEMADEKIMCHI
#halalkimchi
#kimchihalal
#kimchi
#koreanfood
#makanankorea
#trending
#viral

Wednesday, 21 December 2016

9 Faedah mengejutkan tentang Kimchi Yang Akan Buat Anda Mahu Cuba sekarang


www.kimchiqolbi.blogspot.com
Qolbi Kimchi



1. Mengandungi bakteria sihat dan probiotik untuk kesihatan keseluruhan badan anda.
 Kerana kimchi ditapai, seperti yogurt, ia mengandungi "bakteria sihat" dipanggil lactobacilli yang membantu dalam proses pencernaan badan anda.Proses penapaian adalah probiotik  yang boleh melawan plbagai jangkitan dalam badan anda.

2. Mengurangkan tahap kolesterol
Jika anda mengalami tekanan darah tinggi atau jumlah kolesterol yang tinggi dalam darah anda, 
jangan risau. Bawang putih dijumpai di dalam kimchi mengandungi allicin dan selenium - 
kedua-duanya membantu dalam mengurangkan rizab kolesterol badan. 
Di samping itu, bahan-bahan ini juga secara tidak langsung membantu anda mengelakkan
 peluang untuk mendapat strok atau penyakit kardiovaskular yang lain dalam apa jua bentuk,
 kerana ia membina plak pencegahan pada dinding arteri anda
 
3. Memudahkan pembangunan badan sihat dan visi yang jelas.
Satu hidangan 100 gram kimchi mempunyai 18% daripada nilai harian vitamin A,
 jika kita mempertimbangkan 2000 kalori setiap diet hari. 
Selain daripada vitamin A yang merupakan antioksidan yang boleh membantu menyingkirkan
 radikal bebas dalam badan yang menyebabkan kanser, manfaat kimchi tidak terhad 
kepada ini sahaja. Vitamin A adalah penting dalam membangunkan badan yang sihat, 
termasuk dalam embrio; ia juga membantu dalam mengekalkan penglihatan yang jelas dan sihat.
 
4. Menghasilkan kulit yang berseri dan rambut berkilat
Selenium yang terdapat dalam bawang putih dalam kimchi menyebabkan 
kulit dan rambut anda sihat, makan kimchi membantu anda mencegah kedutan
 dalam jangka masa panjang. selenium sebahagian berkaitan glutathione,
 Ia merupakan penggalak vitamin C 
 
 
5. Mencegah kanser perut
Profesor Miri Kim Jabatan Pemakanan Makanan di Universiti Kebangsaan Chungnam 
ditemui kubis Cina dan lobak dijumpai di dalam kimchi mengandungi bio-bahan kimia 
seperti isosianat dan sulfida membantu dalam detoksifikasi logam berat terdapat dalam hati, 
usus kecil dan buah pinggang. Bio-kimia ini  terutamanya isosianat, 
menurut kajian dapat mencegah kanser perut .
 
6. Melambatkan proses penuaan
Pernah tertanya-tanya mengapa Korea kelihatan muda untuk umur mereka? 
Ini adalah salah satu daripada banyak manfaat kimchi anda boleh dipertimbangkan: 
kimchi, selepas dua minggu yang ditapai, kaya dengan anti-oksidan yang mengurangkan
 kadar penuaan kulit. Ia juga menghalang pengoksidaan sel, membuat anda kelihatan riang dan 
santai, walaupun anda berada di bawah banyak tekanan.
 
7. Membantu anda mengurangkan berat badan
150 gram kimchi mengandungi hanya 40 kalori. 
Tetapi ia tidak terhad kepada ini - kimchi membantu metabolisme karbohidrat untuk membantu
 anda dalam mengurangkan berat badan.
 Selain itu, capsaicin yang terdapat dalam lada cili dalam hidangan
 Korea ini meningkatkan metabolisme anda dan membuat anda menggunakan tenaga 
yang berlebihan dalam badan anda, dengan itu meningkatkan penurunan berat badan.
 
8. Mencegah berlakunya ulser peptik
ulser peptik biasanya disebabkan oleh Helicobacter pylori, 
bakteria Gram-negatif dijumpai di dalam perut. Bagaimana kita boleh menghentikan 
pertumbuhannya? Dengan makan kimchi. Kimchi mengandungi mensenteroides
 leuconostoc yang menghasilkan DEKSTRIN, bahan yang penting untuk menghentikan 
pertumbuhan H. pylori dalam badan anda!
 
9. Meningkatkan imuniti anda
Profesor Rina Yu Jabatan Makanan dan Pemakanan di Universiti Ulsan 
mendapati kimchi menyebabkan sel-sel imun untuk menjadi lebih aktif dan antibodi untuk
 menjadi lebih banyak. Makan diet kolesterol yang tinggi boleh memberi 55% aktiviti sel imun,
 diet yang biasa boleh memberi 68% tetapi diet kolesterol yang tinggi ditambah

 kimchi boleh memberi 75%.
 
Sumber:

http://www.lifehack.org/articles/lifestyle/9-surprising-benefits-kimchi-that-will-make-you-want-try-now.html

Nak mencuba Qolbi Kimchi?? Kimchi Halal dihasilkan oleh muslim.
011 320 33313
011 320 33313
011 320 33313
Kak Julia
InsyaAllah.. Anda akan MENYESAL jika tak membelinya.. hehehhe.. JOM mula menjaga kesihatan anda melalui pemakanan Kimchi.
500 gm –RM16
1 kg – RM30
Semoga anda semua dirahmati oleh Allah dan dimurahkan serta diluaskan rezeki.

Monday, 19 December 2016

BOLEH KE KIMCHI DI MAKAN SEWAKTU MENGANDUNG??

BOLEH KE KIMCHI DI MAKAN SEWAKTU MENGANDUNG??

Asalamualaikum wbt. μ•ˆλ…•ν•˜μ„Έμš” Annyeonhaseyo
Ramai yang Tanya pada akak, boleh ke kimchi ni di makan sewaktu mengandung?? Kalau Tanya dengan akak kan.. akak mmg jawab boleh je. Sebab Boleh. Hahha itu jek yang akak boleh jawab. Sebab masa mengandung dulu, akak makan jek semua. Tak der pantang-pantang pun. Sama jugak masa akak dalam pantang. Akak belasah semua. Cuma ambil dalam kuantiti yang sedikit. 

Okey ye adik-adik semua.. demi adik-adik yang mengandung ni akak buatlah sedikit 

research dengan Pakcik Google ini. Beberapa sumber yang ditulis mengatakan
 tidak ada masalah untuk makan Kimchi. Ini kerana sewaktu mengandung di 
galakkan memakan makanan dengan probiotik seperti yogurt dan Kimchi. 
Kerana ia boleh mencegah penyakit yang berkaitan dengan Kulat. 
Probiotik sering di tambah kepada yogurst secara semula jadi dalam 
makanan yang diperam seperti Kimchi.
 
Ini adalah sumber-sumber lain mengenai wanita mengandung yang ingin 
mengambil Kimchi.
 
Sumber: 
https://www.buzzfeed.com/deenashanker/eating-for-two
http://www.mumsnet.com/Talk/pregnancy/2397685-Is-it-OK-to-eat-kimchi
http://community.babycenter.com/post/a59246569/is_it_okay_to_eat_kimchi_during_pregnancy
http://www.dcurbanmom.com/jforum/posts/list/15/288048.page
http://www.drgourmet.com/pregnancy/#.WFi0n1N97IU
http://greenfertility.blogspot.my/2008/10/bacteria-in-kimchi-really-really.html
 
Maka akak dah bagi sumber ni, rajin-rajin  mentelaah sikit. 
Daripada pembacaan akak berdasarkan sumber ini.. 
tidak ada masalah untuk makan Kimchi sewaktu Mengandung. 
Cuma jangalan makan sampai sekilo sehari. Hahha apa sahaja yang kita makan.
makan la berpada-pada. InsyaAllah tidak akan ada apa apa masalah.
 
Jom. Untuk wanita mengandung yang ingin mencuba kimchi halal. 
Meh watsapp akak meh
 
01132033313
01132033313
01132033313
 
Nama akak Julia
 

je ileum-eun julliaibnida

제 이름은 μ€„λ¦¬μ•„μž…λ‹ˆλ‹€

Kenapa Akak Jual KIMCHI


Asalamualaikum. Lama juga akak tak updated Blog ni. Hahha lama la sangat kan. Hari ini akak nak cerita sedikit macam mana terdetiknya idea untuk menjual Kimchi.

Awal tahun 2016, akak dan juga rakan sepejabat ke Tesco untuk beli stok “pantry”.  Masa di Tesco tu akak tengok Kicmhi. Nak beli, takut. Rasa was-was. Hahaha.. biasalahkan rasa was-was. Halal ke tidak. Tengok-tengok sahajalah. Akak dan rakan sepejabat, Kak Amnah pilih la barang-barang untuk stok ‘pantry”. Tetiba lepas bayar, akak terus kata dengan Kak Amnah. Kak kita meniaga nak.. hahahha. Sebab terfikir waktu tu, Kak Amnah pandai masak sambal ikan bilis. Mmg marbelous. Akak pun boleh masak sambal Ikan bilis. Tapi lain sedikit versinya. Sebab resepi ikan bilis tumbuk Mak sedap. Dari kecik akak makan.  Mula-mula idea tu  nak bergabung berniaga dengan Kak Amnah. Kak Amnah masak sambal ikan bilis versinya, akak tukang promosi sahaja. Hahaha.

Tapi disebabkan beberapa perkara, Akak dan Kak Amnah mula menjual sambal ikan bilis tapi dalam versi yang berbeza. Sambal Ikan bilis Kak Amnah agak kering, yang akak buat agak basah.  Sambal Ikan bilis akak. Akak beri nama Sambal Podeh.  Sambal Ikan Bilis Kak Amnah  diberi nama Sambal Mak. Hehhe. Mmg sedap. Kalau nak cuba klik sini. Akak ni bab kalau makanan sedap mmg tak pernah tipu. Hehhe . Cuba la. Tak akan pernah menyesal kalau cuba. Hahaha Promote ni!!
 Sambal MAK
Sambal Mak

Ok.sambung balik..

sambal podeh
Ni sambal Podeh akak. hehe

Akak buat sambal ni tak lama. Sebab penat hahha. Walaupun permintaannya Alhamdulillah. Tapi sangat penat kalau buat sambal ini. Sebab nak masak sangat lama. Lepas tu akak ambil keputusan untuk Buat KIMCHI. Kenapa KIMCHI?????? Bukan la ramai sangat pengemarnya pun. Peminat cerita Korea pun ada yang tak nak makan. Sebab sayur. Ramai yang tak suka sayur kan. Tapi percayalah!!! Cuba Kimchi akak. Pasti anda akan jadi minat dengan KIMCHI.. hahhahahhahaha… perasan sedap sikit.

Walaupun Kimchi ni pelanggannya tak seramai sambal bilis, ialahkan Kimchi ni kan makanan luar. Rasa pun ada yang kata pelik. Tapi ia tetap ada penggemar yang tersendiri. Nak cari yang Halal ada di pasaraya, Cuma ramai yang was-was , sebab semua tulisan korea, Nak baca tak paham. Akak ambil peluang ini dan menganggap ia satu Fardu Kifayah bagi akak untuk memberikan pilihan halal kepada pengemar Kimchi. Mmg jika di Online pun ada juga penjual Kimchi, tapi apa salahnya kita memberi pilihan lagi untuk pelanggan mencari kimchi terbaik dan sedap bagi meraka.

Pernah suatu ketika, akak ditanya oleh pelanggan, apakah yang membuktikan Kimchi akak benar-benar halal?  Yelahh kan. Tak der langsung tanda halal. Halal Jakim tak der. Apa buktinya?? Akak berterima kasih kepada customer tersebut.( Lupa Pulak nama dia) Betul untuk membeli makanan halal, kita kena betul betul teliti. Sebab makan tu akan jadi darah daging.  Akak kata halal tapi tidak dibuktikan dengan logo Halal Jakim.

Akak jawab dengan pelanggan tersebut dengan menyatakan Halal yang saya berikan itu ialah Halal perjanjian saya dengan Allah. Saya Muslim, Saya hanya menggunakan bahan-bahan yang di benarkan Islam dan halal. Ia fardu kifayah buat saya untuk memberikan pilihan Halal kepada pengemar kimchi. Terpulang kepada pelanggan jika masih tak yakin dengan Halal saya. Saya mmg tidak ada Halal Jakim, kerana Kimchi saya adalah “Homemade” bukan ada kilang. Gitulah lebih kurang jawapannya, Alhamdulillah..

Kenapa QOLBI KIMCHI?? Hehe nama macam sedikit arab. Gabungan arab dengan Korea ke? Hahha Ok. Akak nak cerita sikit, nama QOLBI ni ialah nama anak akak. QAIRA TSAMARATULQOLBI. Akak ambil Qolbi tu. QOlbi tu maksudnya Hati.  Maka QOlbi Kimchi maknanya Kimchi dihati. Lebih kurang la gitu maksudnya. Akak mengharapkan bila semua yang makan Kimchi Akak akan sentiasa ingat dan semat di hati. Bila nak beli Kimchi

Alhamdulillah.. setakat ini Allah hantarkan akak dengan pelanggan yang baik hati. Nak tgk Testimoni. klik sini

Ingat hati.. Ingat QOlbi. Hehe Buleh tak?? Buleh la gitukan..
So itu lah lebih kurang cerita macam mana akak boleh terjebak jual Kimchi. Fardu Kifayah untuk kita memberi pilihan kepada umat Islam mencari yang halal.



Qolbi Kimchi


Waaa.. rajin plak akak tulis ari ini..

Nak cuba QOLBI KIMCHI??

Meh watsapp/sms akak

01132033313

01132033313

Kak Julia.

Akak sentiasa menanti watsapp anda..

Semoga Anda semua dimurahkan rezeki dan dirahmati oleh Allah. Amin

Wednesday, 14 December 2016

Testimoni Terbaharu!!!! QOLBI KIMCHI. KIMCHI HALAL



Testimoni QOLBI KIMCHI

Biar testimoni yang berbicara. Rasa.. Rasa.. 

Jom !!! Nak tempah

01132033313
01132033313
01132033313