Ada antara
kita takut untuk mencuba benda yanga baharu. Kenapa takut untuk mencuba? Banyak
jawapan yang akan kita dapat. Antaranya ialah TAKUT!! Biasa kan. Tapi Kali ini saya nak fokuskan
tentang takut untuk mencuba makanan yang baharu. Antara yang saya selalu dapat
ialah TAKUT TAK BOLEH TERIMA OLEH TEKAK SEBAB
TAK BIASA MAKAN/TAK PERNAH MAKAN. Saya juga dahulu sebegitu. Belum makan saya dah kata tak nak, sebab tak
biasa makan. Eh.. bau busuk la.. tak nak makan. Yerkkk.. itu bahasa yang selalu
kita guna.
Tapi tahukah
kita bahawa kita kena mencuba sesuatu yang baharu.
Ini 5 Sebab Mengapa kita Perlu Cuba Sesuatu
Yang Baru:
( saya copy
paste jek dari inchenaim.com)
- Memberi kepuasan hidup –
Hidup tidak akan dipenuhi sekiranya kita tidak keluar melihat dunia dan
cuba sesuatu yang baru. Hidup bukannya untuk statik, kekal pada sesuatu
tempat yang sama, dan buat benda yang sama setiap hari. All men
die, but not all men live.
- Mengelakkan kebosanan –
Bereksperimen dengan benda baru mengelakkan kita dari merasa bosan. Benda
yang paling teruk dalam kehidupan ini adalah membiarkan diri kita memburuk
kebosanan. Elakkan otak kita dari tidak berfungsi.
- Cuba sesuatu yang baru meningkatkan
keyakinan diri kita. Keluar pergi memanjat gunung atau buat
sesuatu yang memerlukan keyakinan akan memaksa diri kita meningkatkan
keyakinan dengan sendirinya. Kita akan merasa peningkatan diri dan
terkejut dengan potensi yang terdapat pada diri kita.
- Cuba sesuatu yang baru akan membuka minda kita. Manusia
selalu takut untuk mencuba apa yang mereka tidak tahu, tetapi dengan
mencuba sesuatu yang barulah ia akan membuka ruang untuk ilmu dan
pengalaman baru. Kadangkala kita perlu juga untuk melihat dari perspektif
yang lain.
- Memandu pertumbuhan & kematangan diri. Melakukan
perkara yang sama setiap hari, makan di restoran yang sama, berfikir
dengan cara yang sama dan hanya bercakap perkara yang lebih kurang sama
setiap hari tidak akan mengembangkan akal kita. Pertumbuhan manusia
memerlukan action, didalam bentuk situasi yang baru, pengalaman ataupun
attitude kita.
Nampak
tak, betapa pentingnya kita untuk mencuba sesuatu yang. Sebelum kita cuba,
macammana kita nak tahu sedap atau tidaknya, mudah atau sukarnya . Kita kena
mencuba. Bukan melihat orang lain.
Contohnya kita selalu terpengaruh dgn viral. Oh.. kedai kat sini sedap..
kat situ tak sedap.. kita percaya. Kita pun berusahalah untuk pergi dan
merasainya. Aik.. tiba-tiba apa yang diviralkan tak sama yang kita rasa. Yang
dikatakan sedap, rupanya biasa sahaja. Yang dikatakan tak sedap.. rupanya
sangat sedap dengan kita.
Kesimpulannya..
selagi apa yang kita ingin cuba itu tidak mendatangkan mudarat, apa yang nak
kita cuba makan itu halal.. cubalah. Walau sekali. Jangan percaya kata orang. Mencubanya adalah
lebih baik. Allah dah bagi kita deria rasa.. Allah bagi peluang untuk kita
rasa. So cuba rasa. Rasalah yang manis, masam, pahit,tawar.. selama mana kita
masih boleh mencuba. Esok dah sakit.. baru sibuk nak makan itu la. Nak makan
ini lah.. kan kan kan
Pesanan penaja ini di taja oleh Akak JULIA. HALAL KIMCHI QOLBI
KIMCHI.
JOM
PADA MEREKA YANG TAKUT NAK MENCUBA QOLBI KIMCHI. LUPAKAN KETAKUTAN ANDA. MAKAN
DAN RASA. WAKTU ITU BARULAH KITA BOLEH MEMBUAT KEPUTUSAN SAMA ADA KITA AKAN
TERUSKAN MAKAN ATAU PUN TIDAK. KAN KAN KAN
UNTUK TEMPAHAN QOLBI KIMCHI
01132033313
01132033313
01132033313
Anda wassaap.. akak jawab.
zassssssssssssssssssssssssssssssssssss..................
No comments:
Post a Comment