Asalamualaikum.
Lama juga akak tak updated Blog ni. Hahha lama la sangat kan. Hari ini akak nak
cerita sedikit macam mana terdetiknya idea untuk menjual Kimchi.
Awal
tahun 2016, akak dan juga rakan sepejabat ke Tesco untuk beli stok “pantry”. Masa di Tesco tu akak tengok Kicmhi. Nak
beli, takut. Rasa was-was. Hahaha.. biasalahkan rasa was-was. Halal ke tidak. Tengok-tengok
sahajalah. Akak dan rakan sepejabat, Kak Amnah pilih la barang-barang untuk
stok ‘pantry”. Tetiba lepas bayar, akak terus kata dengan Kak Amnah. Kak kita
meniaga nak.. hahahha. Sebab terfikir waktu tu, Kak Amnah pandai masak sambal
ikan bilis. Mmg marbelous. Akak pun boleh masak sambal Ikan bilis. Tapi lain
sedikit versinya. Sebab resepi ikan bilis tumbuk Mak sedap. Dari kecik akak
makan. Mula-mula idea tu nak bergabung berniaga dengan Kak Amnah. Kak
Amnah masak sambal ikan bilis versinya, akak tukang promosi sahaja. Hahaha.
Tapi disebabkan
beberapa perkara, Akak dan Kak Amnah mula menjual sambal ikan bilis tapi dalam
versi yang berbeza. Sambal Ikan bilis Kak Amnah agak kering, yang akak buat
agak basah. Sambal Ikan bilis akak. Akak
beri nama Sambal Podeh. Sambal Ikan
Bilis Kak Amnah diberi nama Sambal Mak. Hehhe.
Mmg sedap. Kalau nak cuba klik sini. Akak ni bab kalau makanan sedap mmg tak
pernah tipu. Hehhe . Cuba la. Tak akan pernah menyesal kalau cuba. Hahaha Promote
ni!!
Sambal Mak |
Ok.sambung
balik..
sambal podeh |
Ni sambal Podeh akak. hehe
Akak buat
sambal ni tak lama. Sebab penat hahha. Walaupun permintaannya Alhamdulillah.
Tapi sangat penat kalau buat sambal ini. Sebab nak masak sangat lama. Lepas tu
akak ambil keputusan untuk Buat KIMCHI. Kenapa KIMCHI?????? Bukan la ramai
sangat pengemarnya pun. Peminat cerita Korea pun ada yang tak nak makan. Sebab
sayur. Ramai yang tak suka sayur kan. Tapi percayalah!!! Cuba Kimchi akak.
Pasti anda akan jadi minat dengan KIMCHI.. hahhahahhahaha… perasan sedap sikit.
Walaupun
Kimchi ni pelanggannya tak seramai sambal bilis, ialahkan Kimchi ni kan makanan
luar. Rasa pun ada yang kata pelik. Tapi ia tetap ada penggemar yang
tersendiri. Nak cari yang Halal ada di pasaraya, Cuma ramai yang was-was ,
sebab semua tulisan korea, Nak baca tak paham. Akak ambil peluang ini dan
menganggap ia satu Fardu Kifayah bagi akak untuk memberikan pilihan halal
kepada pengemar Kimchi. Mmg jika di Online pun ada juga penjual Kimchi, tapi
apa salahnya kita memberi pilihan lagi untuk pelanggan mencari kimchi terbaik
dan sedap bagi meraka.
Pernah
suatu ketika, akak ditanya oleh pelanggan, apakah yang membuktikan Kimchi akak
benar-benar halal? Yelahh kan. Tak der
langsung tanda halal. Halal Jakim tak der. Apa buktinya?? Akak berterima kasih
kepada customer tersebut.( Lupa Pulak nama dia) Betul untuk membeli makanan
halal, kita kena betul betul teliti. Sebab makan tu akan jadi darah daging. Akak kata halal tapi tidak dibuktikan dengan
logo Halal Jakim.
Akak jawab dengan pelanggan tersebut dengan menyatakan Halal yang saya berikan itu ialah Halal perjanjian saya dengan Allah. Saya Muslim, Saya hanya menggunakan bahan-bahan yang di benarkan Islam dan halal. Ia fardu kifayah buat saya untuk memberikan pilihan Halal kepada pengemar kimchi. Terpulang kepada pelanggan jika masih tak yakin dengan Halal saya. Saya mmg tidak ada Halal Jakim, kerana Kimchi saya adalah “Homemade” bukan ada kilang. Gitulah lebih kurang jawapannya, Alhamdulillah..
Kenapa
QOLBI KIMCHI?? Hehe nama macam sedikit arab. Gabungan arab dengan Korea ke?
Hahha Ok. Akak nak cerita sikit, nama QOLBI ni ialah nama anak akak. QAIRA
TSAMARATULQOLBI. Akak ambil Qolbi tu. QOlbi tu maksudnya Hati. Maka QOlbi Kimchi maknanya Kimchi dihati. Lebih
kurang la gitu maksudnya. Akak mengharapkan bila semua yang makan Kimchi Akak
akan sentiasa ingat dan semat di hati. Bila nak beli Kimchi.
Alhamdulillah.. setakat ini Allah hantarkan akak dengan pelanggan yang baik hati. Nak tgk Testimoni. klik sini
Ingat hati.. Ingat
QOlbi. Hehe Buleh tak?? Buleh la gitukan..
So itu
lah lebih kurang cerita macam mana akak boleh terjebak jual Kimchi. Fardu
Kifayah untuk kita memberi pilihan kepada umat Islam mencari yang halal.
Qolbi Kimchi |
Waaa..
rajin plak akak tulis ari ini..
Nak cuba
QOLBI KIMCHI??
Meh watsapp/sms akak
01132033313
01132033313
Kak
Julia.
Akak sentiasa menanti watsapp anda..
Semoga
Anda semua dimurahkan rezeki dan dirahmati oleh Allah. Amin
No comments:
Post a Comment